Heitech Padu Sah Komitmen Untuk Mula Projek LEP RM1 Bilion Sg Perak

bb3035d87ec043ef4e0e28c621167151603cde30582ff

KUALA LUMPUR, 4 Mac(Iteenews) — HeiTech Padu Bhdtelah mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan Program Lanjutan Hayat Hidro (LEP) Sungai Perak.

HeiTech Padu melalui satu makluman kepadaBursa Malaysia hari iniberkata dengan rekod prestasi yang terbukti dalam infrastruktur tenaga, perkongsian strategik dengan Voith Hydro GmbH & Co KG dari Austria danperancangan kewangan yang mantap, syarikat itu sudah bersedia untuk menyumbang kepada tanggungjawab kontrak dengan berkesan, disamping menyumbang kepada kemampanan tenaga Malaysia secara jangka panjang.

Bulan lepas, HeiTech Padu menerima surat penerimaan dari TNB Power Generation Sdn Bhd untuk projek LEP Sungai Perak.

Kontrak tersebut menetapkan bahawa pihak konsortium akan menjalankan usaha kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC)serta kerja-kerja awam yang berkaitan dengan elektrik untuk stesen janakuasa Temengor, Bersiadan Kenering bernilai RM1.04 bilion.

Bahagian kontrak HeiTech Padu adalah berjumlah RM902.96 juta.

"Kontrak itu dijangka menyumbang 25 peratus atau lebih daripada keuntungan bersih dan mengakibatkan pengalihan 25 peratus atau lebih daripada aset bersih syarikat itu untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Kontrak ini dijangka akan bermula pada 31 Mac2025dan akan terus berkuat kuasa selama 100 bulan dari tarikh permulaan.

— BERNAMA