Sarawak Dan Huawei Meterai MoU Pacu Transformasi Digital

3ed63a4f1cdb664b83dbe599aa8acc1667c71b6ca5a21 Kredit: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS bd50922810da184e499d70966343900e67c71b7f0867e Kredit: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS 89c96672885a5db4619b095d9989852267c71b9735bf2 Kredit: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

KUCHING, 4 Mac(Iteenews) — Kerajaan Sarawak dan Huawei Technologies(Malaysia) SdnBhd menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk memacu transformasi digital Sarawak melalui perluasan sambungan tanpa wayar ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), MOU itu ditandatangani di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 di Sepanyol pada Selasa. Iadisaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.

MOU itu juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong penggunaan teknologi 5G yang pesat dan inovasi masa depan di negeri ini selain memacu pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang mencerminkan keperluan dan identiti unik Sarawak.

“Matlamat lain termasuklahmembangunkan pusat penyimpanandata terkini untuk membolehkan pertukaran data dan pengeluaran data yang selamat selain mengukuhkan pembangunan bakat digital dengan melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran dalam AI, Data Raya, Internet of Things (IoT)dan teknologiimersif,” menurut UKAS dalam laporan dalam taliannya hari ini.

Berucap pada majlis tersebut,Uggah berkata MOUitu dibina atas asas kukuh yang telah dibentuk melalui kerjasama antaraSarawak Multimedia Authority (SMA) dan Huawei, terutamanya dalam pembangunan bandar pintar.

Beliau berkata kerjasama SMA-Huawei telah memberi laluan kepada ekosistem bandar yang lebih terhubung dan cekap, dengan memanfaatkan inovasi dalam kesalinghubungan, analisis datadan infrastruktur pintar untuk meningkatkan perkhidmatan awam dan kualiti hidup secara keseluruhannya.

“Dengan mengukuhkan kerjasama ini, Sarawak menjadi peneraju dalam inovasi digital, memastikan teknologi pintar terus memacu pertumbuhan ekonomi, kemampanan dan peluang yang lebih baik untuk rakyatnya.

“Saya harap dengan MOU ini, kita dapat membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sarawak,yang lebih terhubung, inklusifdan dipenuhi dengan peluang baharu,” katanya.

— BERNAMA