JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mencuri 76 peket dumpling di sebuah pasar raya di Taman Impian Emas, pada Oktober tahun lalu.
Tertuduh, Dayang Norhasyimah Abg Omar, 47, dan anaknya, Nik Zairul Nizam Aidil Adha Nik Hakim, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A. Shaarmini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka telah didakwa secara bersama mencuri 76 peket dumpling di dalam sebuah premis perniagaan pada pukul 1.07 petang, 1 Oktober tahun lalu.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan mahkamah kemudian menetapkan tarikh 17 April untuk mula bicara.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd. Nizam, manakala tertuduh diwakili peguam, Noor Asyikin Shafiqah Atham Malik. – https://amiminerals.org/