Harga Saham Sik Cheong Ditutup 36 Sen Pada Hari Pertama Dagangan

71c33962eac2d6fbfdc67f94e510ca6366bb3d936514eSik Cheong

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Iteenews)– Pembekal produk olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), Sik Cheong Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, ditutup pada 36 sen, bagi premium sembilan senberbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen.

Pada pukul 5 petang,Sik Cheong juga muncul sebagai salah satu daripada tiga saham teratas yang paling aktif didagangkan dengan jumlah dagangan sebanyak 128.75 juta.

Terdahulu, pada9 pagi, saham Sik Cheong dibuka pada 50 sen mewakili premium 85.2 peratus berbanding harga IPO.

Pengarah Urusannya, Wong Hing Ngiap berkata syarikat itu telah mengumpul sejumlah RM17.8 juta menerusiIPO itu.

Daripada jumlah ini, sejumlah RM7.2 juta atau 40.3 peratus diperuntukkan untuk pengembangan kemudahan pembungkusan termasuk pembinaan semula kilang serta pembelian mesin dan peralatan baharu.

Selain itu, RM0.9 juta (5.0 peratus) diperuntukkanuntuk pembelian trak penghantaran baharu.

Kumpulan itu juga memperuntukkan RM6.0 juta (33.4 peratus) untuk modal kerjadengan baki RM3.8 juta (21.3 peratus) untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

"Dengan modal baharu yang diperoleh, kami kini bersedia untuk memulakan fasa pengembangan kami yang seterusnya," katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu.

Ditanya sama ada kenaikan ringgit baru-baru ini memberi kesan kepada keupayaan syarikat untuk mengurangkan kos bahan mentah, Wong berkata ia tidak menjejaskan kos operasi syarikat, mungkin kerana kenaikan itu masih baru lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *