[VIDEO] Lauk ‘frozen’ untuk ayah

WhatsApp Image 2025 03 04 at 12.41.57 PM

Antara lauk berbuka yang telah disiapkan untuk bapanya sepanjang Ramadan.

PETALING JAYA – Video seorang anak yang menyiapkan lauk untuk berbuka termasuk secara ‘frozen’ untuk bapanya selepas kematian ibu mengundang pelbagai reaksi kepada netizen.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Dapur Hana menunjukan dia menyediakan lauk seperti ikan keli cili api, kari ayam, sambal tauhu, rendang ayam, ikan bawal masak merah, asam pedas daging dan banyak lagi sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

“Saya sediakan juadah ini untuk ayah sepanjang bulan puasa kerana ibu baru meninggal dunia. Ini tahun pertama ayah berpuasa tanpa isteri di sini.

“Semoga dipermudahkan urusan ayah berpuasa pada tahun ini,” katanya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung video berkenaan.

“Awak anak yang bertanggungjawab, terima kasih anak solehah semoga Allah menempatkan roh ibu awak di kalangan roh-roh beriman dan beramal soleh,” kata Salamiah Yusof.

“Lega lihat terurus makan minum ayah bulan puasa ini, terima kasih jadi contoh anak yang baik,” kata pemilik akaun bernama fie_da. – KOSMO! ONLINE

@dapurhana_hq Lauk Frozen Utk Ayah🥰 Tahun pertama ayah tanpa isteri di sisi🥺 Semoga dipermudahkan urusan ayah berpuasa tahun ini.. Aamiin🤲 #dapurhana #ramadhan2025 #ramadhan #masakmasak #masakdirumah #masak #ayah #makayah ♬ bunyi asal – 𝐬𝐢𝐢𝐦_𝐩𝐚𝐠𝐞 🇲🇾