Tiada ‘tarawih kilat’ 7 minit tahun ini 

geli tarawih 7 minit

Tangkap layar menunjukkan solat ‘Tarawih Kilat’ diadakan di Pondok Al-Quraniyah pada 12 Mac 2024. – Tribunnews 

JAKARTA – Sebuah pondok di Indonesia yang terkenal dengan solat tarawih selama tujuh minit terpaksa dibatalkan tahun ini kerana tiada imam, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Solat sunat digelar ‘Tarawih Kilat’ itu diadakan pada setiap Ramadan di Pondok Al-Quraniyah, Krangkeng dalam wilayah Jawa Barat. 

Ia menjadi kegilaan ramai orang kerana ditunaikan dalam 23 rakaat dalam masa cuma tujuh minit. 

Pengurus Pondok Al-Quraniyah, KH Azun Mauzun berkata, solat sunat secara pantas itu terpaksa dibatalkan kerana faktor usia. 

“Saya tidak boleh mengimamkan solat tarawih seperti biasa kerana semakin tua. 

“Kami sudah mencari pengganti tetapi tiada orang.

“Orang ramai meminta agar solat tarawih kilat itu kembali diadakan,” tambahnya. – AGENSI