Tahap Pengurusan Rantaian Bekalan Akan Dipertingkat- PM Anwar

50d3f164de6a37c4cb238bbdafa1141c66bb43e5e300e Kredit : FB Anwar Ibrahim df46a1624bb76609f6f7d6a8705fa56466bb43f9018c5 Kredit : FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Iteenews) — Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata langkah itu sejajar dengan objektif untuk membina sekuriti ekonomi negara.

Selain itu, kata beliau, mesyuarat tersebut jugatelah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.

“Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

“Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahanyang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19,” kata Anwar menerusihantaran di laman sosial Xbeliau hari ini.

Perdana Menteri berkata kerjasama antara kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsamustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *