Israel larang laungan azan

Viral masjid scaled

GAMBAR fail Masjid Ibrahimi, Hebron. – Foto AFP

RAMALLAH, Tebing Barat  – Israel yang menduduki wilayah Tebing Barat melarang azan berkumandang dari Masjid Ibrahimi di bandar Hebron sebanyak 44 kali pada bulan lalu, lapor portal berita Middle East Monitor semalam.

Maklumat tersebut berdasarkan kenyataan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Palestin.

Kementerian itu berkata, pasukan keselamatan Israel dan peneroka haram Yahudi meningkatkan serangan terhadap tempat ibadat orang Islam di Tebing Barat dengan alasan pelancongan.

Pasukan keselamatan Israel mengusir sejumlah kakitangan kementerian itu dari Masjid Ibrahimi tanpa alasan.

Menurut kementerian wakaf, langkah itu sebahagian daripada percubaan Rejim Zionis untuk mengosongkan masjid tersebut.

Tindakan itu dilakukan selepas pengarah Masjid Ibrahimi ‘diusir’ seminggu lalu.

Menurutnya, Israel mengamalkan pencabulan dan melakukan serangan harian  ke atas Masjid Ibrahimi tanpa mempedulikan semua undang-undang mahupun konvensyen antarabangsa.

Masjid Ibrahimi disenaraikan sebagai warisan budaya antarabangsa pada 2017 dan juga merupakan tapak Palestin. – AGENSI