PETALING JAYA – Seorang pekerja sebuah premis kosmetik nyaris menjadi mangsa pukau oleh pelanggan lelaki yang kononnya mahu membeli produk membesarkan payudara menggunakan wang RM100.
Tindakan lelaki itu dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di akan TikTok @euphora.hq.
“Bila pekerja mahu beri baki, tiba-tiba dia enggan terima dan kata tempat lain lebih murah. Dia mahu batalkan pembelian dan paksa pekerja sebelum cuba mengusik mesin kira.
“Penyelia terpaksa datang untuk batalkan pembelian dan beri balik RM100. Tiba-tiba dia kata mahu beli barang balik,”katanya.
Menurut video itu, ketika diminta untuk membayar, dia kata sudah menyerahkan wang padahal dia sudah ambil balik.
Lelaki itu kemudian keluar selepas keadaan mula kecoh dengan kehadiran pelanggan lain.
Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan terhadap taktik licik yang digunakan individu terbabit. – KOSMO! ONLINE