Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainal Kredit : Takaful Malaysia
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Iteenews) –Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd telah melancarkan Kaotim Legasi, pelan Hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta.
Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful mampu milik ditawarkan melalui platform digital Kaotim, serendah RM30 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainalberkata Kaotim Legasi adalahproduk terbaharu di bawah jenama Kaotim susulan kejayaanKaotim MediKad pada November tahun lepas.
“Kami sangat gembira dengan sambutan positif diterima sejak pelancaran jenama dan platform digital Kaotim serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu.
“Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful bertujuan membantu masyarakat merancang keperluan perlindungan kewangan mereka dan kelangsungan hidup ahli keluarga sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan produk ini,” katanya.
Pelan Hibah takaful ini dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian seperti masalah kewangan dihadapi oleh waris si mati sama ada untuk meneruskan kehidupan ataupunmelunaskan hutang si mati dengan menggunakan pampasan diperoleh.
Nor Azman berkatamanfaat pelan hibah takaful itujuga boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan anak-anak seandainyahilang sumber pendapatan utama.
“Anda boleh melanggan Kaotim Legasi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja, sama ada waris atau bukan waris kerana pelan ini tidak tertakluk pada pembahagian harta. Ia berperanansebagai pengganti pendapatan jika anda tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya atau penyakit kritikal,” katanya.