Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (empat,kiri) menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengarah Pusat Latihan Teknologi Lanjutan (ADTEC), Zulkifle Omar (tiga,kiri) dengan Pengarah Green Excel Manufacturing Sdn Bhd, Yip Pek San (lima,kiri) pada Majlis Perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua,kiri) ketika sesi lawatan ke kilang pada Majlis Perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd, Taiping hari ini.Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee (kiri) dan Pengarah Green Excel Manufacturing Sdn Bhd Yip Pek San (kanan)–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAIPING, 1 Mac (Iteenews) — Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan setakat ini untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pengerusi UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata senarai calon yang telah dipersetujui antaranya adalah Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua, setiausaha, ketua penerangan, bendahari, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri UMNO Bahagian Tapah.
"Mengikut perlembagaan UMNO fasal 15.13.1, jawatankuasa UMNO bahagian hendaklah menyediakan cadangan nama, mereka boleh mencadangkan (namun)keputusan di peringkat Majlis Tertinggi… dan Presiden Parti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Kamunting dekat sini hari ini.
Saarani berkata pada mesyuarat jawatankuasa bahagian itu semalam, beliau telah diberi mandat untuk menghantar nama lapan calon daripada UMNO Bahagian Tapah.
"Jika daripada lapan calon itu, ada dalam kalangan mereka yang berhasrat menarik diri, boleh WhatsApp kepada saya. Setakat ini sudah dua orang WhatsApp kepada saya minta untuk menarik diri.
"Bermakna ada enam yang akan dipertimbangkan, bergantung kepada kemungkinan yang akan WhatsApp kepada saya (tarik diri) – itu tidak pasti," katanya.
Saarani berkata kriteria calon yang akan diketengahkan pada PRK kali ini adalah seperti yang telah diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu WALI yang bermaksud boleh menang(winnable), diterima(acceptable)dan disenangi(likeable).
"Sudah tentu kita ada calon yang menepati kriteria itu, dan saya yakin sebaik sahaja nama calon terpilih itu kita umum, dia akan mendapat sokongan daripada semua, sebab semalamkita telah berjanji bahawa daripada lapan nama yang kita hantar itu, satu sahaja yang akan dapat (jadi calon), yang lain itu akan bertungkus lumus untuk memenangkannya," katanya.
SemalamSpeaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis kekosongan kerusi Dewan Undangan NegeriAyer Kuning kepada SPR berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin.