Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Prof Dr Barjoyai Bardai
Pensyarah Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Muhammad Irwan Ariffin
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Iteenews) –Dividen 6.30 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk akaun syariah bagi 2024 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilionmenjadibukti pelaburan patuh syariah itu mempunyai potensi kukuh dalam menghasilkan pulangan, kataseorang ahli ekonomi.
Ahli ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata ini merupakan satu senario yang menarikkerana ramai menganggap pelaburan patuh syariah tersebut lebih sukar untuk diuruskan.
Sehubungan itu, katanya, pelaburan patuh syariah dianggapmemberikan pulangan yang lebih rendah.
"Tahun ini, KWSP membuktikan pelaburan patuh syariah mempunyai potensi yang sama besar dalam menghasilkan pulangan. Ini boleh menjadi petunjuk kepada pasaran global iaitu pelaburan berasaskan syariah juga menarik dan mungkin mencapai prestasi yang lebih tinggi pada masa depan.
"Ini menandakan permulaan era baharu bagi peluang pelaburan," katanya kepada Iteenews.
Terdahulu, KWSP mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi iaitu sebanyak 6.30 peratus untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi 2024, menjadikan jumlah agihan sebanyak RM73.24 bilion.
Prestasi tersebut dikaitkan dengan pemulihan pasaran global dan domestik, pertumbuhan ekonomi yang kukuhserta pengurusan portfolio yang baik.
Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM66.99 bilion pada 2023.