KPJ Healthcare Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM353.81 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

ff565944551176fee50825b4d2c13a6466b2cd86a3e53KPJ Healthcare

KUALA LUMPUR, 1 Mac(Iteenews) –KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersihtinggi sebanyak RM353.81 juta pada 2024 berbanding RM263.40 juta pada 2023, dipacuoleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan mengutamakan pesakit.

Selain itu, terdapat juga keuntungan bersih daripada pelupusan perniagaan penjagaan warga emas di Australia, yang direkodkan di bawah operasi yang dihentikan.

Hasil mencecah RM3.92 bilion, berbanding RM3.42 bilion pada tahun sebelumnya, kata syarikat itu menerusimakluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Kumpulan itu melabur sebanyak RM406 juta dalam perbelanjaan modal pada 2024, peningkatan 66 peratus daripada RM244 juta pada 2023.

Kadar penghunian katil pada 2024 ialah sebanyak 69 peratus berbanding 67 peratus pada 2023 manakalapesakit masuk wad berjumlah388,101 berbanding 361,987 pada tahun sebelumnya. Lawatan pesakit luar tahun lepas berjumlah 3.00 juta berbanding 2.95 juta pada 2023.

“Pelaburan strategik ini menyokong pembangunan infrastruktur, transformasi digital dan penambahbaikan perkhidmatandi seluruh rangkaian KPJ, mengukuhkan daya tahan jangka panjang dan memajukan penyampaian penjagaan kesihatan,” kata syarikat itu.

Bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Dis, 2024, keuntungan bersih syarikatmelonjak kepada RM120.51 juta berbanding RM73.39 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepadaRM1.05 bilion daripadaRM911.45 juta sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, KPJ kekal fokus terhadap pertumbuhan mampan dengan memanfaatkan teknologi, kerjasama strategik serta inovasi yang berpaksikan pesakit untuk meningkatkanpengalaman pesakit, memperluaskan pelancongan kesihatan dan mencipta nilai yang lebih besar kepada pemegang saham, kata Presiden dan Pengarah Urusannya Chin Keat Chyuan.

"Pengurusan kos kakitangan yang merupakan cabaran lazim dalam industri ini, kekal menjadi keutamaan kami pada 2025. Pada masa yang sama, kami akan melipatgandakan usaha kami dalam pengoptimuman kos dan kecekapan operasi.