KWSP Jadikan Alokasi Aset Strategik Sebagai Asas Pelaburan Masa Depan – KPE

d0b2a1111c9904f930353da011c248b767c2ddf55b619Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Ahmad Zulqarnain Onn

SHAH ALAM, 1 Mac(Iteenews) — Pelaburan masa depan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berpandukan peruntukan atau Alokasi Aset Strategik (SAA) yang melibatkan kitaran pelaburan tiga tahun dan diteliti semula setiap tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Ahmad Zulqarnain Onn berkata dana persaraan itutelah menyemak semula SAA bagi 2024 yang menetapkanstrategi pelaburan bagi2025, 2026 dan 2027.

Beliau menjelaskan, alokasi aset yang telah diluluskan oleh panel pelaburan KWSP dan Kementerian Kewangan (MoF)juga akan mengekalkan keseimbangan antara domestik dan global semasa.

“Oleh itu, tidak akan ada perubahan, tiadapengurangan. Matlamatnya adalah untuk memastikan kestabilannyadalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Dari sudut matematik, ini bermakna70-80 daripada dana baharu (caruman daripada pekerja asing) akan digunakan di peringkat domestik. Profil risiko domestik dan global adalah agak berbeza,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan pengumuman Dividen KWSP 2024 di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Ahmad Zulqarnain berkata portfolio global KWSP akan menyaksikan peruntukan lebih tinggi untuk aset berisiko seperti ekuiti.

“(Setakat ini) kita tidak tahu lagi mengenai jumlah dana daripada pekerjaasing. Namun, jika kita anggarkan sekarang, ia tidak melebihiRM5 bilion dalam tahun pertama berdasarkan kadar dua peratus masing-masing daripadamajikan dan pekerja yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya sebagai menjawab pertanyaan mengenai pelaburan daripada caruman pekerja asing berkenaan.

Beliau berkata KWSP akan turut meningkatkan usahanya untuk memantapkan lagi liputan caruman memandangkan hanya melibatkan 60 peratus pekerja Malaysia manakalabaki 40 peratus tidak dilindungi atau mencarum dalam dana persaraan itu.

Selain itu, memandangkan hanya 37 peratus rakyat Malaysia mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi, beliau berkata KWSP juga perlu beralih daripada model pengeluaran secara sekali gus.