Lapan mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS di Labuan

WhatsApp Image 2024 08 12 at 3.20.19 PM

Kampung Gersik, Kampung Buton dan Kampung Sungai Miri terjejas ekoran banjir kilat.

LABUAN – Seramai lapan mangsa membabitkan dua keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran banjir berpunca hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan antara Kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Gersik, Kampung Buton dan Kampung Sungai Miri.

“Susulan kejadian itu, PPS Dewan Balai Bomba Rancha-Rancha dibuka bagi penempatan mangsa banjir.

“Ketika ini, dua Keluarga Isi Rumah (KIR) membabitkan lapan mangsa di Kampung Gersik dipindahkan di PPS Rancha-Rancha,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga kejadian tanah runtuh dan menimpa struktur rumah kediaman penduduk terbabit. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *