KUALA LUMPUR, 28 Feb (Iteenews) — Hospital swasta disaranuntukmelihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera, terutamanya berkaitan dengan kenaikan premium insurans kesihatan.
PerundingIndustri Penanggung Insurans danJaminan Dr Mohamed Rafick Khan berkata hospital swasta perlu menilai semula peranan mereka sebagai penyedia perkhidmatan dan berusaha untuk menjadi rakan kongsi sebenar dalam industri insuranskesihatan.
"Ini bukan hubungan menang-kalah. Hospital swasta perlu menguruskan caj hospital dan kos perniagaan tanpa mengeksploitasi rakan kewangan mereka. Mereka juga perlu memahami bahawa syarikatinsurans mempunyai had dan boleh menutup perniagaan kesihatan pada bila-bila masa. Apa akan dilakukan ahli Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) jika itu berlaku?
"Sebagai rakan dalam hubungan yang saling bergantung (simbiotik), hospital dan syarikat insurans perlumenguruskan operasi dengan mengekalkan paraskeuntungan yang munasabah dan terus berkembang.Dengan permintaan semakin pesat terhadap perkhidmatan kesihatan, mereka perlu menerima pakai perspektif jangka panjang dan hubungan sihat yang memanfaatkan semua pihak berkepentingan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Mohamed Rafick berkata hospital swasta mesti melibatkan diri dalam perbincangan yang wajar dengan pemberi bayaran utama mereka (syarikat insurans) bagi mewujudkan situasi menang-menang atau beroperasi sebagai penyedia dan organisasi penyelenggaraan kesihatan.
Beliau menyifatkanhospital dan syarikat insuranssebagai rakan kongsi dalam hubungan saling bergantung dengan kedua-dua pihak perlu mengimbangi margin keuntungan yang munasabah dan pertumbuhan yang mampan.
"Dengan permintaanterhadap perkhidmatan kesihatan semakin berkembang, penting untuk industri mengamalkan strategi jangka panjang bagi memastikan ekosistem yang sihat dan berkembang.
"Pendekatan ini akan membolehkan hospital dan syarikat insurans terlibat dalam perbincangan lebih wajar sertaproduktif untuk mewujudkan situasi menang-menang, memastikan kelangsungan kedua-dua pihak, penyedia dan syarikat insurans sebagai bahagian penting dalam sistem penjagaan kesihatan," katanya.
Pertikaian yang semakin meningkat antara hospital swasta dan syarikat insurans di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap kemampanan kewangan sektor itu.