KUALA LUMPUR, 27 Feb (Iteenews) — Keuntungan bersih MR DIYGroup (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbandingRM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.
Pendapatanmeningkat 6.7 peratus kepada RM4.65 bilion daripada RM4.36 bilion pada tahun kewangan 2023 selepas dipacu oleh sumbangan dari kedai-kedai baharu, yang menokok 13.8 peratus dari tahun ke tahun susulan kenaikan jumlah transaksi iaitu 10.8 peratus dari tahun ke tahun kepada 182.8 juta.
"Pendapatan yang lebih tinggi ini sebahagiannya telah diimbangi oleh pertumbuhan jualan “like for like” yang negatif termasuk penurunan 3.6 peratus dari tahun ke tahun dalam saiz purata bakul, mencerminkan sentimen pengguna yang lebih lemah," kata peruncit pembaikan rumah terbesar di negara ini melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi suku keempat berakhir pada 31 Disember2024, keuntungan bersih kumpulan merosot kepada RM147.20 juta berbanding RM158.63 juta yang disaksikan semasa suku tahun sebelumnya.
Sebaliknya, pendapatan naik kepada RM1.18 bilion daripada RM1.15 bilion, didorong oleh sumbangan dari kedai-kedai baharu.
Rangkaian kedai kumpulan telah bertambah daripada 1,261 kedai kepada 1,435 dalam tempoh satu tahun, mewakili penambahan bersih 174 kedai setakat Disember 2024.
Jumlah transaksi naik 5.9 peratus dari tahun ke tahun kepada 47.1 juta semasa suku keempat tahun kewangan 2024.
Hasil yang lebih tinggi sebahagiannya telah diimbangi oleh pertumbuhan jualan “like for like” yang negatif dan penyusutan 3.0 peratus dalam saiz purata bakul, menandakan sentimen pengguna yang agak kurang memberangsangkan.
Sementara itu, MR DIY melalui satu kenyataan berkata ia telah meningkatkan nisbah pembayaran dividen bagi suku keempat tahun kewangan kepada 115.7 peratus, naik 80.3 peratus dari tahun ke tahun.