Petunjuk Positif, Peniaga Jangka Persekitaran Menggalakkan Pada Suku Pertama 2025

f93ed68b106fbdd9c6d6b2cae0e7a3a867bff216b5996Kredit: DOSM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Iteenews) — Kalangan peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan menggalakkan pada suku pertama 2025, didorong oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 3.2 peratusberbanding 4.8 peratus pada suku sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata tiga sektor — perkhidmatan, pembinaan dan industri menjangkakankeadaan perniagaan lebih baik pada suku pertama 2025

“Keyakinan perniagaan bagi sektor perkhidmatan kekal pada jajaran positifdengan petunjuk keyakinan meningkat kepada 13.5 peratus berbanding 13.1 peratus pada suku sebelumnya.

“Pada masa sama, sentimen dalam sektor pembinaan meningkat kepada trajektori positif dengan mencatat12.5 peratus berbanding -10.0 peratus dalam suku keempat 2024,” katanya dalam kenyataan media Statistik Kecenderungan Perniagaan bagi Suku Pertama 2025, hari ini.

Dalam pada itu, sektor industri terus optimisterhadap prestasi perniagaandengan petunjuk keyakinan mencatat kenaikan 0.2 peratus bagi suku yang berbanding 1.2 peratus dalam suku keempat 2024.

Jabatan Perangkaan berkatapeniaga dalam sektor perdagangan borong dan runcit menjangkakan prospek perniagaan yang pesimisdengan petunjuk keyakinan −8.1 peratus dalam suku pertama 2025 berbanding 5.5 peratus pada suku keempat 2024.

Namun, subsektor perdagangan runcit mengekalkan nilai positif dengan mencatat4.1 peratus berbanding 11.9 peratus sebelumnya.

Bagi kemajuan masa depan, Jabatan Perangkaan berkataunjuran perniagaan bagi separuh pertama 2025 kekal optimis walaupun menyederhanadengan imbangan bersih 11.9 peratus berbanding +13.8 peratus dicatatkan sebelum inidengan semua sektor mencatatkan nilai positif kecuali perdagangan borong dan runcit menunjukkan perspektif neutral.

Selain itu,sentimen dalam kalangan sektor perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 kekal positif dengan imbangan bersih 27.5 peratus, sama seperti suku sebelumnya.