MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan sebanyak 292 saman dalam operasi serentak menerusi Ops Khas Gempur Teknikal 2025 di tiga plaza tol utama di negeri ini semalam.Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 643 buah kenderaan terdiri daripada kenderaan persendirian dan barangan diperiksa dengan 102 kenderaan dikenal pasti melakukan pelbagai kesalahan.JPJ Melaka berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan sebanyak 206 notis atas kesalahan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, serta pelbagai isu teknikal.“Sebanyak 50 notis PG1 dikeluarkan sebagai larangan penggunaan kenderaan, sementara 53 notis arah pemeriksaan kenderaan dikeluarkan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dlaam kenyataan di sini hari ini.Dalam operasi menyeluruh di Plaza Tol Alor Gajah, Ayer Keroh dan Jasin, JPJ turut mengambil tindakan ke atas lapan kesalahan di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 termasuk tiga lori yang dikesan menggunakan tayar haus atau rosak yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – https://amiminerals.org/
Catatan Berkaitan
Kerajaan lulus RM25 juta baiki kerosakan akibat banjir di Sabah, Sarawak
- admin
- 01/02/2025
- 0
Anwar melihat ‘Jacking Machine ‘ ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian paip pembentungan pakej satu di Taman Cempaka, Ipoh […]
[VIDEO] Pemandu lori brek rosak terpaksa elak treler, rempuh Alza
- admin
- 09/02/2025
- 0
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial hari ini. PETALING JAYA – Pemandu sebuah lori terpaksa membuat keputusan dalam masa singkat bagi menyelamatkan […]
Orang Thailand suka pergi Gunung Jerai, sejuk-sejuk, dingin
- admin
- 03/01/2025
- 0
CUACA yang dingin di Gunung Jerai menjadi salah satu faktor pelancong Thailand gemar berkunjung ke situ. KUBANG PASU – Pelancong Thailand tertarik untuk mengunjungi Gunung […]