Caj Kesesakan, Inisiatif Angkat Martabat Penghibur Jalanan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini 

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Iteenews) — Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negaradijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dilaman rasmi Parlimen, soalan mengenaimekanisme caj kesesakan yang bakal digunakan sekiranya dilaksanakan dan jangkaan jumlah penurunan kesesakan dikemukakan kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Soalan berhubung inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negaraseperti di kota-kota utama dunia dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 diajukan P. Prabakaran (PH-Batu)kepada Perdana Menteri pada sesi sama.

Dalam sesi soal jawab,S. Kesavan (PH-Sungai Siput) akan mengajukan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengenaicadangan memperhebatpelaksanaan program pembudayaan seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics untuk menarik minat masyarakat terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Persoalan mengenaistrategi Kementerian Digitaluntukmelaksanakan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan agar usaha kecerdasan buatan (AI) dioptimumkan serta strategi supaya penjawat awam dapat mendalami pengoperasian sistem AI pula,dijadualkan diajukanDatuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak).

Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikanmengenai perancangan kerajaan untuk menangani isu kuarters guru terbengkalai di seluruh negara.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan dan perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2025 Siri 1 dandiikuti pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan.

— BERNAMA