Tomei Catat Untung Bersih RM59.5 Juta Setelah Emas Jadi Pilihan Pelaburan Selamat

27b95bfe4f45d0d9c2a9f907b36c284967bf17ee2287cCredit: Tomei Website

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Iteenews) –Pengeluar dan peruncit perhiasanemas bersepadu, Tomei Consolidated Bhdmencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM59.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM46.43 juta pada tahun sebelumnya.

Prestasi itu disokong oleh kenaikan harga emas runcityang menyumbang kepada peningkatan margin.

Tomei juga mencapai pencapaian bersejarah dengan melepasi tanda paras perolehantahunan RM1 bilion buat pertama kali dengan perolehan sebanyak RM1.05 bilion bagitahun kewangan 2024, meningkat 15.4 peratus berbanding RM909.71 juta tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan KumpulannyaDatuk Ng Yih Pyng berkata pihaknyasangat berbangga kerana dapat melepasi tanda paras perolehan tahunan sebanyak RM1.0 bilion buat pertama kali dalam sejarah.

"Ini sekali gusmenunjukkan pencapaian penting sejak penyenaraian syarikatpada 2006," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata pencapaian ini merupakanbukti kepada pertumbuhan strategik syarikat, kehadiran jenama yang kukuhdan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan aliranpasaran yang sentiasa berubah.

Dari segi prestasi segmentahun kewangan 2024, segmen runcit kekal sebagai pemacu utama pertumbuhandengan perolehanmeningkat sebanyak 14.1 peratus kepada RM853.2 juta daripadaRM747.7 juta.

Bagi tempoh suku keempat yang berakhir 31 Dis,2024, keuntungan bersih Tomei sebanyakRM11.70 juta berbanding RM7.36 juta untuk suku yang sama tahun sebelumnyamanakala perolehansebanyakRM242.78 juta berbanding RM245.12 juta sebelumnya.

Ng berkata terdapat perubahan dalam pemikiran pengguna apabilasemakin ramai individu melihat emas sebagai perhiasan dan aset pelaburan yang selamat.