Yayasan Peneraju Perkenal Skim Pembiayaan Baharu, Sasar 1,500 Lepasan Sekolah

8fa7647d688bf7efbf88927814b8546067befaf3b1ceaKetua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani

KUALA LUMPUR, 26 Feb(Iteenews) –Yayasan Peneraju melancarkan skim pembiayaan baharu yang menyaksikan dana akan disalurkan terus ke akaun individu dan bukannyainstitusi pendidikan sertalatihan terbabit.

Inisiatif yang diumumkan hari ini, menandakan peralihan dalam pendekatan yang diambil yayasan itu selepas 13 tahun membuat pembayaran terus kepada institusi.

Mengikut skim baharu tersebut, pemohon bumiputera yang layak akan menerima bantuan kewangan dan bertanggungjawab membuat pembayaran kepada institusi pilihan,dengan syarat mereka mendapat kelulusan yayasan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Sani berkata perubahan yang diperkenalkan itu menyediakan lebih fleksibiliti, membolehkan individu memiliki kawalan sepenuhnya terhadap pendidikan mereka.

Katanya, terdapat tiga pilihan pembiayaan ditawarkan iaitu perak, emas dan platinum.

“Pakej perak menawarkan biasiswa sekali sahaja sehingga RM15,000 bagi pensijilan dan latihan dengan dana disalurkan terus kepada pemohon.

“Pakej emas yang distruktur sebagai pinjaman, menyediakan dana sehingga RM30,000 dengan membenarkan beberapa permohonan, dengan syarat pemohon sudah melengkapkan pensijilan terdahulu dan membayar balik 50 peratus daripada jumlah yang diterima,” katanya kepada media selepas pelancaran skim itu di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pakej platinum pula menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000, menjadikan ia lebih sesuai untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian dalam Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) atau kelayakan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) di institusi yang diluluskan oleh yayasan.

Beliau berkata, pakej platinum biasanya membabitkan tempoh pengajian empat hingga lima tahun, dengan penerima dikehendaki membayar balik 20 peratus daripada jumlah keseluruhan.