Hutang Isi Rumah RM1.63 Trilion, Aset Kewangan RM3.4 Trilion Setakat Akhir Disember 2024

166da0b216ab947a650276baeb1e3e5d66992ee3f197a

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Iteenews) — Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratusdaripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kementerian Kewangan (MoF) berkatajumlah hutang itu jauh lebih rendah daripada aset kewangan isi rumah yang mencecah RM3.4 trilion ataubersamaan 178.2 peratusdaripada KDNK.

“Standard pinjaman berhemat oleh bank berdasarkan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang dilaksanakan sejak 2012 terus memainkan peranan penting dalam memastikan pengumpulan hutang isi rumah terkawal dan selaras dengan keupayaan membayar balik hutang,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad ZawawiSalleh (PN-Pasir Puteh) mengenai langkah kerajaan membantu satu per tiga daripadaisi rumah di negara ini yang mempunyai nisbah khidmat hutang (DSR) melebihi 60 peratus dan terdedah kepada risiko muflis jika berlaku peningkatan kadar faedah, kehilangan pekerjaan atau inflasi.

Menjelaskan selanjutnya, MoF berkata menerusi pelaksanaan dokumen dasar ini, DSRbagi isi rumah terus berada pada paras hematdengan median DSR pinjaman terkumpul di paras 34 peratus manakala median DSR bagi pinjaman baharu diluluskan adalah 41 peratuspada akhir Disember 2024.

Pada masa sama, katanya, kerajaan dan Bank Negara Malaysia terus mengambil pendekatan berhemat dalam menangani risiko keberhutangan isi rumah bagi memastikannya tidak menimbulkan kesan negatif ke atas daya tahan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara.

“Selain pelaksanaan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab, usaha berterusan turut merangkumi peningkatan tahap celik kewangan melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) dan Bulan Literasi Kewangan (FLM)serta bantuan bayaran balik pinjaman melalui institusi kewangan dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), khususnya bagi peminjam dengan DSR tinggi.

“Bagi mengawal pertumbuhan hutang, kerajaan memastikan perumahan kekal mampu milik melalui program seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan PR1MAserta memperkukuh sistem pengangkutan awam yang lebih efisien,” kata kementerian itu.

— BERNAMA