ROMPIN, 26 Feb (Iteenews) — UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria danciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi(likeable)pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
PresidennyaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.
"Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kataAhmad Zahid yang jugaTimbalan Perdana Menteripada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang dilaporkan mempunyai calon yang berpotensidan tidak menolak kemungkinan untuk melobi bagiPRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.
Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, PRKDUN Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.
Berhubung kenyataanbekas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal memimpin Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16, Ahmad Zahid berkata itu adalahharapan Nazri, termasuk pihaknya dalam kerajaan MADANI.