KUALA LUMPUR, 25 Feb(Iteenews) –Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menunggu butiran terperinci perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak mengenai skop kerjasama antara syarikatminyak nasional itu dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata butiran terperinciitu akan menjadi asas kepada semua perancangan kerjaantara Petronas dan Petros pada masa hadapan.
“Kami menunggu butiran terperinci yang akan dipersetujui secara dasarnya,oleh kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sarawak, sebelum kami bolehmerealisasikan semua perancangan kerja; ini perlu dilakukan dengan teliti,” katanya.
Tengku Muhammad Taufik berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (tahun kewangan 2024), di sini ,hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan pusat akan bertemu kerajaan negeri Sarawak untuk memperincikan skop kerjasama antara Petros dan Petronas.
Beliau berkata perbincangan itu bagi meneroka kerjasama yang akan dilaksanakan oleh kedua-dua syarikat membabitkan sebarang projek baharu dalam apa jua bidang.
Sementara itu, Tengku Muhammad Taufik menegaskan Petronastetap terbuka untuk bekerjasama dengan Petros berhubung sumber hidrokarbon negeri itu.
“Kami perlu melakukan ini dengan berhati-hati. Kami mahu memastikan kepentingan kedua-dua (kerajaan Persekutuan dan negeri) terjaga,” katanya.
Beliau berkatasemua kontrak yang membawa kepada Ordinan Pengagihan Gas 2016 akan terus kekal seperti biasa.