Keuntungan Bersih TM Melonjak 7.8 Peratus Kepada RM2 Bilion

985901837d8efe45575d55eef585f344645b948e6b20e

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Iteenews) –Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disemberberbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.

Pendapatan juga menokok kepada RM11.71 biliondaripada RM11.69 bilion.

“Penambahbaikan ini didorong oleh perkhidmatan internet dan multimedia, perkhidmatan telekomunikasi lainserta segmen pendidikan,”katanya dalam satu makluman kepadaBursa Malaysia hari ini.

Bagisuku keempat, keuntungan bersih TM naik 68.5 peratus (RM297.1 juta) kepada RM730.63 juta berbanding RM433.53 juta yang dicatatkan setahun sebelum ini, disebabkan oleh pengiktirafan kredit cukai satu kali pada suku tersebut.

Sama juga,hasil bertambah kepada RM3.05 bilion, mencerminkan kenaikan 2.0 peratus (RM58.4 juta) daripada RM2.99 bilion pada suku yang sama tahun lepas. Pertumbuhan ini telah dipacu oleh sumbangan yang lebih baik dari perkhidmatan data, telekomunikasi lain dan segmen pendidikan.

“Prestasi keseluruhan yang agak memberangsangkan ini telah disokong oleh lembaran imbangan yang mantap dan rizab tunai yang sihat, mempamerkan asas operasi dan kedudukan kewangan TM,”katanya.

TM terus melabur secara strategik dalam infrastruktur rangkaian, kabel bawah laut antarabangsa dan pusat data padatahun kewangan 2024. Jumlah perbelanjaan modalnya (CAPEX) adalah sebanyak RM1.59 bilion, mewakili 13.6 peratus daripada jumlah pendapatan – masih dalam jajaran kawalannya.

Selaras dengan prestasi kewangannya yang mantap, kumpulan itu telah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 12.5 sen sesaham dan dividen khas berjumlah RM230.3 juta untuk tahun kewangan 2024.Jumlah dividen bagi tahun kewangan 2024, termasuk dividen interim yang diisytiharkan pada Ogos 2024 adalah31 sen sesaham, “”ini mengesahkan komitmen TM terhadap penciptaan nilai dan pulangan yang mampan kepadapara pemegang saham”.

“Pencapaian ini menunjukkan keupayaan serta komitmenkami untuk memacu kecekapan operasi sambil memajukan agenda digital Malaysia,”kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris.