PRK Dun Ayer Kuning: Pemuda UMNO Ada Calon, Serah Keputusan Kepada Pucuk Pimpinan

2de6b2e2553313ca1effbd489592391367bdafe694371Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (kiri) bersama Pengerusi Agung Partai Golkar Said Aldi Al Idrus (kanan) bergambar selepas sidang media selepas lawatan Partai Golkar Indonesia (AMPG) di Menara Dato\’ Onn Kuala Lumpur hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Iteenews) — Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknyasememangnya mempunyai calon yang berpotensi dan usaha melobiwakil dari sayap itu sebagai calon dalam sesuatu pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam parti.

“Adakah Pemuda UMNO melobi untuk menjadi calon? Insya-Allah, itu sudah tentu. Baik Pemuda, Wanita, Puteri ataupun sesiapa sahaja, perkara itu (melobi) biasa.

“Tetapi kita serahkankepada kebijaksanaan pucuk pimpinan, kita beri nama kepada presiden, dan akhirnya presiden akan menilai,” katanya dalam sidang media selepas menerima lawatan delegasi Angkatan Muda Partai Golkar Indonesia (AMPG) di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Muhamad Akmal menegaskanbahawa UMNO kekal optimis akan mempertahankan kerusi itu dan yakin calon terpilih kelak adalah yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.

Sehubungan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.

Ishsam yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi melalui pertembungan lima penjuru.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan AMPG, Dr Muhamad Akmal berkata mereka antara lain membincangkan aspirasi kedua-dua parti yang bersetuju berkongsi pendapat dan kepakaran, melalui kewujudan Sekolah Politik UMNO dan Institut Golkar.