Kerajaan Sarawak Sedia Bincang Skop Kerjasama Petros-petronas – Abang Johari

f42b8b8c0b3aa5692325e15a25fecea967bad08dcef5aPremier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua,kanan) melawat bilik rawatan klinik gigi D. Dentist selepas merasmikan klinik itu hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 23 Feb (Iteenews) –Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

“Kalau ada yang memanggil untuk berbincang, saya akan datanglah…yang pentingada (usaha untuk berbincang). Ia adalah kerjasama yang baik antara kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian sebuah klinik pergigian di sinihari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata perbincangan tersebut menyentuh aspekkerjasama terutamanya melibatkan projek baharu yang akan diterokai oleh kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang.

Isnin lepas, Anwar pada sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata Kerajaan Persekutuan memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.

Perdana Menteri menjelaskan hasrat itu termaktub dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac2025.

— BERNAMA