Penggal DUN Ke-15 Perak Belum Capai Tiga Tahun, Kekosongan Kerusi DUN Ayer Kuning Perlu Diisi

cc413b78fe9de4e34e234cff56b703dd67baa0a2e44ffMenteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) hadir bagi menziarahi jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin di kediaman Allahyarham Ishsam di Desa Seri Ampang hari ini.

IPOH, 23 Feb (Iteenews) –Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkanPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer KuningIshsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, semalam disebabkan serangan jantung.

“Jadi kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti bermesyuarat, mereka akan putuskan bila dalam tempoh 60 hari ini (untuk PRK),” katanyaketika ditemui pemberita di pekarangan kediaman Allahyarham Ishsam di Taman Desa Seri Ampang di sini hari ini.

Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Persidangan DUNke-15 Perak diadakan pada 19 Dis 2022.

Speaker DUNPerak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dilaporkan akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning kepada SPRseawalnya Selasa ini.

Sementara itu, Saarani berkata beliau kehilangan seorang rakan baik dan seorang wakil rakyat yang mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat.

Beliau berkataKetua UMNO Bahagian Tapah ituaktif mengetengahkan masalah rakyat di kawasannya dan sering memajukan permohonan peruntukan untuk meningkatkan kemudahan rakyat.

“Jadi saya yakin dia seorang wakil rakyat yang memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Saarani berkata dia telah menghubungi Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubungpersiapan PRK DUN Ayer Kuning.