PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid Harap SPR Ambil Kira Ramadan

8c1188164df6249ad3e5ef06819f285267bb358689f1aTimbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) merasmikan Penutup Program Sentuhan Kasih Desa@Tawau 2025 di Kompleks Sukan Tawau.

TAWAU, 23 Feb (Iteenews) — Presiden UMNO DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pihaknya berpendapat tidakperlutergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

"Kami tidak berasa tergesa-gesauntuk melakukannya (pilihan raya) oleh kerana Ramadan terlalu hampir tentu kita harap tarikh yang akan dipilih SPR ini satu tarikh yang dapat disesuaikan dengan keadaan bulan Ramadan dan kita serah kepada SPR," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 di sini, hari ini, sebagai mengulas kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning susulan kematian ADUN kawasan itu Ishsham Shahruddin daripada UMNO.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahunsetelahtidak sedarkan diri selepasperlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandarayadi Pulau Pinangpetang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata Ishsamrebah semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkatabeliau akan menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dimasukkan ke hospitalselepas tidak sedarkan diri pada awal pagi Sabtu lepas secepat mungkin.

"Saya mendapat tahu semalam dan saya tidak ada kesempatan sehingga malam tadi kerana ada acara, hari ini saya berada di Tawau dan esok di Kota Kinabalu, saya akan menziarahi beliau (Ismail Sabri) secepat mungkin," katanya.

Dalam lawatan kerja sehari Ahmad Zahid di Tawau hari ini, beliau turut menyempurnakanpenutupan Program Sentuhan Kasih Desa@Tawau 2025 anjuran kementeriannya selainmerasmikan Pejabat UMNO Bahagian Kalabakan.