KUALA LUMPUR, 22 Feb(Iteenews) — Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Ini susulan kenyataan presiden itu mengenai potensi perjanjianperdagangan baharu AS-China dengan pasaran menjangkakan pendekatan lebih bersasar dan berperingkat terhadap tarif import tinggi.
Trump juga dilaporkan menjangkakan Presiden China Xi Jinping mengunjungi AS walaupun beliau tidak memberikan sebarang maklumat mengenai garis masa lawatan itu.
Pada Selasa, Rusia dan AS bersetuju memulakan usaha ke arah perjanjian damai dengan kedua-dua pihak bersetuju membentuk pasukan peringkat tertinggi untuk menyokong rundingan damai berkenaan.
Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid melihat perkembangan itu sebagai positif selain usaha Trump menamatkan peperangan di Ukraine.
“Jikamomentum positif ini berterusan, ringgit dijangka bergerak mengukuh. Namun, beberapa pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) dijadualberucap di forum awamdan pandangan mereka mengenai hala tuju kadar faedah dan dasar monetari AS akanmempengaruhi pasaran kewangan, termasuk pertukaran asing," katanya kepada Iteenews.
Bagi minggu baru berakhir ini, ringgit kebanyakannya mengukuh dan mengakhiri urus niaga minggu ini dengan menghampiri paras tertinggi dalam tempohtiga minggu.
Ringgit naik 0.4 peratus berbanding dolar AS sejak Jumaat lepaswalaupun Fed dijangka mengekalkan kadar faedah yang stabil dalam masa terdekat.
Keadaan itu disebabkan oleh pengukuhan prestasi ekonomi AS dan inflasimelebihi sasaran 2.0 peratussepertimana dinyatakan dalam minit-minitmesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negaa majuitu pada Januari lepas.