Sun Bus Tech Pacu Kelestarian Pengangkutan Awam, Sasar 49 Peratus Jualan Tempatan

48049aa03ab48b5eb88385bfdc7d139767b2c2c45d7ecMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Iteenews) — Sun Bus Tech Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan dalam negara sebanyak 49 peratus pada tahun ini berbanding empat peratus pada 2024 bagi memacu kelestarian pengangkutan awam di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkatausaha yang dilakukan oleh pengeluar bas Malaysia itu wajar dipuji memandangkan sebelum ini ia berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan begitu luas.

“Tahun 2024, sebanyak 96 peratusjualan mereka datangnya dari luar negara dan empat peratus saja di Malaysia.

“Bagi tahun 2025, mereka sasarkan mahu naikkan jualan tempatan kepada 49 peratusdan 51 peratussahaja ke luar negara,” katanyamenerusi video pendek di platform X beliau hari ini.

Tengku Zafrul berkataantara pelanggan luar negara syarikat itu ialah Land Transport Authority yang dikenali sebagaiLTA Singapura.

Tambahnya,Sun Bus Tech akan mengorak langkah dengan membekalkan baskenderaan elektrik (EV) pada tahun ini.

“Dengan teknologi EV dan inovasi yang berterusan, Sun Bus Tech membuka jalan untuk masa depan pengangkutan awam yang lebih lestari di Malaysia.

“Semoga lebih banyak syarikat tempatan akan mengikuti jejak langkah mereka,” katanya.

— BERNAMA