PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat swasta dan isteri, masing-masing kaum Cina memilih adat Melayu semasa majlis persandingan mereka.
Menerusi video dikongsikan oleh edanoredahbasar, pengantin lelaki dikenali sebagai Tee Dee Yang iaitu majikannya mengenakan baju Melayu songket lengkap dengan samping dan tanjak serta keris sebagai aksesori.
Pengantin perempuan pula memakai kebaya tradisional songket berserta selendang berwarna putih krim sedondon dengan pengantin lelaki.
Bukan itu sahaja, ibu bapa pengantin mengenakan pakaian tradisional seperti baju Melayu dengan samping songket serta kebaya, diiringi pihak keluarga yang turut memakai pakaian sama.
Majlis dilengkapi dengan beberapa individu yang bermain kompang semasa ketibaan raja sehari tersebut.
Selain bersanding adat Melayu, kedua-dua pengantin menjalani adat merenjis yang mana mereka duduk di atas pelamin dan ahli keluarga naik untuk merenjis air.
Menerusi ruangan komen, edanoredahbasar memaklumkan, pengantin lelaki tersebut mahu mengadakan acara bersanding dengan adat Melayu.
“Bos nak buat macam kenduri orang Melayu,”katanya menjawab pertanyaan salah satu komen daripada orang ramai.
Dalam pada itu, ramai yang memuji pengantin tersebut selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
“Aku bangga orang bukan Melayu kahwin pakai baju songket. Daripada Melayu yang pakai baju tak cukup kain. Sedih orang Islam kot,”komen seorang pengguna TikTok.
“Dalam kenangan dan dalam sejarah ni. Kacak dan cantik,”kata seorang individu. – https://amiminerals.org/
@edanoredahbasarselamat pengantin baru Mr Tee Dee Yang dan Isteri. Sweet moments. Tahniah Chinese kawin ikut istiadat melayu. The Director Prosper Group Of Companies ♬ original sound – ayam gunting bahau N9