Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid
KUALA LUMPUR, 20 Feb(Iteenews) — Perlis sedang giat membangunkan Pelabuhan Dalam Negeri (PIP)dan kemudahan maritim lain untuk menarik pelabur ke negeri ituselain merebut manfaatlimpahan ekonomi daripada aliran masuk pelaburan ke dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata agensi itu sentiasa berusaha mempromosikan Perlis danmenarik pelabur utama di Malaysia untuk berkembang melalui negeri tersebut.
"Mereka boleh memanfaatkan kelebihan logistik negeri ituuntuk mengeksport ke seluruh Asia, dengan rangkaian pengangkutan darat sedia ada, yang boleh menjangkau hingga ke wilayah China dan Eropah Tengah seperti Kazakhstan dan Turkiye," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan bersempena dengan Siri MIDA Invest — Perlis: Membongkar Permata Tersembunyi, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar PerlisMohd Shukri Ramli.
Pada acara itu, Sikh Shamsul turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Mutiara Perlis Sdn Bhd dan Bina Darulaman Bhdsertamemorandum kerjasama (MoC) antara Mutiara Perlis Sdn Bhd dan MAERSK Logistics and Services Malaysia Sdn Bhd.
Sementara itu Mohd Shukri berkata, limpahan ekonomidaripada pertukaran MoU danMoC tersebut dijangka menjana keuntungan ekonomi bernilai kira-kira RM800 juta kepadaPerlis.
Beliau berkata Perlis bersedia menerimapengembangan industri yang ketara, disokong oleh inisiatif utama seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan PIP, di Chuping.
“Kami menjangkakan kehadiran sekitar 20 hingga 30 pelabur untuk melengkapkan pembangunan keseluruhan CVIA, khususnya dalam sektor pembangunan tenaga solar, pusat data dan pertanian,” katanya.
Sementara itu Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong menerusi satu kenyataan berkata Perlis berpotensi untuk menjadi pemacupertumbuhan ekonomi Malaysia ketika negara menuju ke arah permulaan pemulihan ekonomi pusingan kedua.