Oleh Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Iteenews) — Bayangkan menerima panggilan telefon daripada seseorang yang suaranya mirip ahli keluarga meminta wang dalam keadaan cemas, namun hakikatnyaia hanyalah hasil manipulasi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Inilah antara ancaman teknologi deepfake atau palsu asliyang semakin berleluasa di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM)Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
Beliau berkatapeningkatan kes penipuan melibatkan pemalsuan suara, wajah, dan identiti digital semakin membimbangkandengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.
Modus operandi digunakan penjenayah siber antaranyaialah ‘voice cloning’ iaitu meniru suara individu menggunakan AI untuk memperdaya mangsa melalui mesej suara.
Selain itu, terdapat juga ‘facial re-enactment’, yang membolehkan wajah seseorang digunakan dalam video bagi tujuan penipuan pelaburan atau penyebaran maklumat palsu.
"Terdapat juga kes penipuan cinta dalam talian atau romance scam serta akaun media sosial palsu yang dicipta menggunakan wajah yang dihasilkan AI.
“Akaun ini sering digunakan untuk jenayah seperti pengintipan korporat, pelaburan palsudan serangan pancingan data (phishing)," katanya kepada Iteenews baru-baru ini.
Pada tahun lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit AmanDatuk Seri Ramli Mohamed Yoosufmendedahkan sebanyak 454 kes penipuan melibatkan teknologi deepfake dilaporkandengan jumlah kerugian mencecah RM2.272 juta.