PETRA Komited Teroka Kaedah Kurang Pelepasan Karbon Dalam Penghasilan Elektrik

7975bc20c7dfb19dfce41ee5bfd0a49c67b5a50f2eb6bTimbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Iteenews) –Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)komited untuk memastikan Malaysia terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik termasuk potensi pelaksanaan ‘mothballing’ dan ‘co-firing’ serta meneroka sumber tenaga lebih bersih dan boleh diperbaharui untuk penghasilan elektrik.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan akan memastikansumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi secara lestari dan pada kadar harga mampu ditanggung oleh pengguna.

Ketika ini, sektor penghasilan elektrik Malaysia masih bergantung kepada dua sumber bahan api fosil utama iaitu gas dan arang batu untuk memenuhi permintaan baseload iaitu campuran tenaga terdiri daripada 55 peratusarang batu dan 32 peratusgas, katanya.

“Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik yang utama disebabkan oleh kos penghasilan tenaga elektrik daripada arang batu masih lagi termurah dan ini adalah penting bagi memastikan kadar harga mampu ditanggung oleh pengguna,”katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Selaras dengan peralihan tenaga, Fadillah berkata sektor elektrik masih memerlukan bekalan gas yang tinggi bagi tujuan penjanaan elektrik iaitu sebagai transition fuel terutamanya dengan kemasukan loji-loji janakuasa berasaskan gas bagi menggantikan loji-loji janakuasa arang batu yang akan tamat tempoh perkhidmatannya.

— BERNAMA