Kerajaan Johor Rangka Pelan Induk Bagi JS-SEZ – Onn Hafiz

2ad34f5a57193eacb54c8b9975035ad367b5c1f787585 Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi 5234ba06ecd654047148ba6df6e3bc1867b5c2389330d Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei (kanan) menyertai sesi bual bicara sempena Persidangan Misi Perniagaan UOB dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) di Iskandar Puteri hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

ISKANDAR PUTERI, 19 Feb(Iteenews) — Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Besarnya,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan akan menggariskan pelan kerajaan bagi membangunkan JS-SEZ untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kami sedang merangka Pelan Induk JS-SEZ dan dijangka memuktamadkannya pada Jun,” katanya ketika sesi sembang santai pada persidangan Misi Perniagaan Persekutuan Perniagaan Singapuradi sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Weibertindak sebagai moderator sesi tersebut.

Mengulas mengenai cara dana pembangunan infrastruktur sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi JS-SEZ akan dibelanjakan, Onn Hafiz berkata: “Dana RM5 bilion itu akan dimasukkan ke dalam pelan induk itu.

“Ia tidak akan digunakan secara ad hoc atau tanpa perancangan awal, kami perlu menyusun strategi bagi memastikan dana itu digunakan dengan sebaik-baiknya”.

Beliau turut menyentuh beberapa perkara lain seperti infrastruktur awam, tarikan pelancongan, jalan raya dan pengangkutan awam, serta rancangan kerajaan bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan untuk melabur, bekerja, tinggal dan bermain.

Selain itu, katanya, projek sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bertingkatyang boleh membantu mengatasi masalah trafik di kawasan bandarbakal dimuktamadkan menjelang Mac.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat denganUnit Perkongsian Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Pengangkutan,” katanya.