Perbincangan utama APEC di Peru: Tenaga, kesihatan, keselamatan makanan jadi tumpuan

bc54b5510b04a15a174714892a88f9e366ba1b45a9b2e

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Iteenews) — Pegawai kanan, menteri dan pakar daripada 21 ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan berkumpul di Peru dari 12 hingga 25 Ogos, 2024 untuk membincangkan isu ekonomi yang mendesak dan penting bagi kemakmuran rantau ini.

Menurut kenyataan pada Isnin, Sekretariat APEC menjelaskan kalangan mereka juga akan mempertimbangkan beberapa dasar berkenaan keselamatan makanan, kemampanan tenaga, penambahbaikan kesihatan awam, pertumbuhan ekonomi dan daya tahan.

Pertemuan itu akan berlangsung menerusiMesyuarat Menteri Tenaga kali ke-14 pada 15 dan 16 Ogos; Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Kesihatan dan Ekonomi kali ke-14 pada 18 Ogos di Lima, ibu negara Peru; di samping Mesyuarat Menteri Keselamatan Makanan APEC pada 19 Ogos di Trujillo, sebuah bandar pinggir laut di barat laut Peru.

Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2024 Duta BesarCarlos Vasquez berkata semua negara anggota perlu terus memperkukuh kerjasama dalam menangani isu keselamatan makanan, tenaga, kesihatan dan daya tahan ekonomi.

“Ekonomi kalangan anggota telah memperoleh manfaat daripada usaha perdagangan bebas dan pelaburan APEC selama 35 tahun lepas,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata Peru mempunyai 14 perjanjian perdagangan bebas dengan ekonomi-ekonomiAPEC.

Vasquez juga mengulangi anggota APEC perlu bersatu dan melaksanakan tindakan untuk memastikan Asia-Pasifik kekal sebagai rantau paling dinamik dengan pertumbuhan mampan dan inklusif, melonjakkan dan menjamin kemakmuran seluruh warganya.

Penekanan itu disuarakan beliau susulan menyedari pelbagai cabaran dan ketidaktentuan yang dihadapi ekonomi APEC.

Menurut Sekretariat APEC, Mesyuarat Menteri Tenaga kali ke-14 akan menumpukan pada usaha menggalakkan peralihan tenaga bersih, kecekapan tenaga dan ketersambungan tenaga serantau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *