Kendalian Kargo Pelabuhan Pulau Pinang Naik 0.77 Peratus Pada 2024 – Hasbi

GEORGE TOWN, 19Feb (Iteenews) –Pelabuhan Pulau Pinang mencatat prestasipengendalian kargo yang meningkat sebanyak 0.77 peratusiaitu 32.33 juta tan berat muatan (FWT) pada 2024, kataTimbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata aliranpeningkatan kendalian olehpelabuhan tertua di Malaysia yang dicatatkan sejak 2021, turut melibatkan perkhidmatan feri dengan pengendalian seramai 2.87 juta penumpangpada 2024 susulan pengenalan feri baharu dan terminal yang telah dinaik taraf.

“Jumlahsinggahan kapal di Pelabuhan Pulau Pinang juga naik31.18 peratus iaitu 4,653 buah kapal, malahsaya juga difahamkan bahawa pelabuhan ini menjangkakan peningkatan menyeluruh bagi pelbagai operasipada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persaudaraan Pelabuhan dan Logistik Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 diBayan lepas di sini, malam tadi yang turut dihadiriPengerusi SPPPDatuk Yeoh Soon Hin dan Pengurus Besar SPPP Datuk Dr V.Vijayaindiaran.

Hasbi berkataPelabuhan Pulau Pinang juga telah menyahut seruanDasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 dalammelestarikan alam sekitar melalui pelaksanaan beberapa perancangan seperti pengenalan Sistem Tenaga Pesisir di Terminal Swettenham Pier Cruise, Sistem Fotvoltan Solar, Sistem Pengurusan Armada, Sistem Kren Gantri Roda Getah Hibrid sertabeberapa inisiatif lain yang menyokong usaha kerajaan ke arah piawaian alam sekitar antarabangsa.

Antara strategi DPN 2019-2030 adalah menguatkuasakan pematuhan kepada akta dan peraturan alam sekitar serta mengorak langkah ke arah piawaian alam sekitar antarabangsa, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata SPPP telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membangunkan pelabuhan itu dengan inisiatif berimpak besar seperti penggunaan Sistem Pengurusan Trafik Perkapalan(VTMS) dan pelancaranCLA+ Invoice Financing, malam tadi.

— BERNAMA