Pengarah Desatera Sdn Bhd Datuk Seri Ibrahim Ahmad ketika ditemui media pada Majlis ‘Preview Nostalgia Ramadan’ di Randau Rasa oleh Dapur Brahim’s di Kafeteria Randau Rasa, Dewan Tun Abdullah Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.Dapur Brahim\’s menyediakan masakan istimewa yang menampilkan lebih daripada 100 hidangan lazat diilhamkan daripada juadah tradisi semasa Ramadan di Malaysia.tttt
BANGI, 18 Feb(Iteenews) –Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd, optimis untuk mendapatkan lebih banyak projek dan mengembangkan jangkauannya pada 2025, selepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada 2024 walaupun berdepan cabaran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Feizal Nor Nurbi.
Dewina Holdings ialah syarikat bersekutu Brahim’s Holdings Bhd.
Feizal berkata Desatera merancang untuk membuka tujuh kafe baharu di bawah jenama 'Dapur Brahim' pada separuh kedua tahun ini, walaupun enggan mendedahkan lokasi spesifik, beliau menyatakan beberapa projek berada di peringkat lanjutan manakala yang lain masih dalam pembangunan awal.
"Kami juga sedang menyatukan kekuatan kami secara strategik. Aspek-aspek tertentu dalam katering syarikat penerbangan, seperti pengeluaran pastri, adalah bidang di mana kami boleh bekerjasama dan bukannya bekerja secara bersendirian," katanya kepada media selepas pratonton bufet Nostalgia Ramadan di Randau Rasa oleh Dapur Brahim's di sini hari ini.
Feizal mengakui dengan memanfaatkan keupayaan pembuatan dan kepakaran dapur syarikat penerbangannya, Desatera bertujuan meningkatkan kecekapan dan mengembangkan kehadirannya di pasaran.
Syarikat itujuga sedang meneroka peluang dalam katering hospital, khususnya diet terapeutik, tetapi Feizal mengakui perlunya kerjasama strategik untuk memastikan keupayaannya dalam sektor itu.
"Kami sedang berbincang dengan rakan kongsi yang berpengalaman dalam katering hospital dan menyasarkan untuk memuktamadkan perjanjian menjelang suku ketiga tahun ini," katanya.
Walaupun Desatera memiliki kekuatan dalam katering industri, Feizal mengakuipasaran peruncitan memberikan cabaran yang unik.
"Persaingan sangat sengit. Walaupun kami cemerlang dalam katering industri, mengendalikan bistro dan kafeteria memerlukan pendekatan yang berbeza. Memahami keutamaan pelanggan adalah proses pembelajaran yang berterusan," katanya.