PM Singapura Bentang Belanjawan Negara, Tumpu Pertumbuhan Fasa Seterusnya

780f2e24c78cf48166c536db84265f6967b4961e9ecc2 Kredit: MDDI/Facebook Lawrence Wong

SINGAPURA, 18 Feb(Iteenews) –Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan2025 republik itu yangbertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.

Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambutkemerdekaannyayang ke-60 (SG60) tahun ini.

Wong yang membentangkan Belanjawan pertamanya sebagai perdana menteri mengumumkan pelbagai insentif untuk menangani tekanan kos, memajukan pertumbuhan, melengkapkan pekerja, membina bandar mampan, memupuk masyarakat penyayang dan inklusif, dan menyatukan rakyatSingapura.

“Belanjawanini dirangka berdasarkan belanjawan sebelumnya, bukan sahaja untuk menangani cabaran hari ini tetapi untuk merancang dan menjamin masa depan Singapura.

“Belanjawan 2025 adalahbelanjawan untuk semua rakyat Singapura,” katanya ketika membentangkan Penyata Belanjawan yang bertemakan “Onward Together for A Better Tomorrow”(Maju Bersama untuk Masa Depanyang Lebih Baik), di Parlimen.

Wong berkata bagi tahun kewangan 2025republik itu menjangkakan lebihan sebanyak S$6.8 bilion (S$1=RM3.31) atau 0.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Beliau berkatakutipan hasil negara bagi tahun kewangan 2024 adalah lebih baik daripada jangkaan, dengan Cukai Pendapatan Korporat kini menjadi penyumbang tunggal terbesar kepada jumlah hasil.

Dalam lampiran yang dikeluarkan kepada media, hasil operasi untuk tahun kewangan 2025 dianggarkan berjumlah S$122.78 bilion berbanding anggaran jumlah perbelanjaan sebanyak S$123.79 bilion.

Perbelanjaan mengurus bagi tahun kewangan 2025 dianggarkan berjumlah S$97.03 bilion manakala perbelanjaan pembangunan sebanyak S$26.76 bilion.