Perniagaan Katering Brahim\’s Kian Pulih Seiring Prestasi Syarikat Penerbangan

68d6950374d9b6cde0e7f0ed515347ef67b49cdc79e7dPengarah Desatera Sdn Bhd Datuk Seri Ibrahim Ahmad ketika ditemui media pada Majlis ‘Preview Nostalgia Ramadan’ di Randau Rasa oleh Dapur Brahim’s di Kafeteria Randau Rasa, Dewan Tun Abdullah Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.Dapur Brahim\’s menyediakan masakan istimewa yang menampilkan lebih daripada 100 hidangan lazat diilhamkan daripada juadah tradisi semasa Ramadan di Malaysia.tttt

BANGI, 18 Feb (Iteenews) — Segmen perniagaan katering penerbanganBrahim's Holdings Bhd (Brahim’s) kini beransur-ansur pulih seiring prestasi syarikat penerbangan antarabangsa yang kembali beroperasi dalam pasca pandemik, termasuk beberapa syarikat baharu yang berminat mendapatkan perkhidmatannya.

Pengerusi EksekutifDatuk Seri Ibrahim Ahmad berkata walaupun tidak semua pelanggan sebelum inimenyambung semula kontrak, lebih separuh telah kembali mendapatkan khidmatyang mendorong syarikatmenjangkakan pemulihan lebih baik menjelang pertengahan 2025.

“Sebelumpandemik, kami menyediakan perkhidmatan kepada 38 syarikat penerbangan antarabangsa, termasuk Emirates, Qatar Airways, British Airwaysdan Japan Airlines.

“Apabila pandemik berlaku, operasi syarikat penerbangan terjejas dan turut memberi kesan kepada kami. Bagaimanapun, kami kini menyaksikan pemulihan yang positif,” katanya kepada media selepas majlis pratonton sajian bufet Nostalgia Ramadan di Randau Rasa oleh Dapur Brahim’s di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Ibrahim berkata kumpulan itu kini dalam proses menarik pelanggan iaitu syarikat penerbangan baharu yang menghargai kepakaran Brahim’s dalam perkhidmatan katering penerbangan.

Brahim’s merupakan penyedia katering utama Malaysia Airlines sejak mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam cabang katering pada2003 dengan baki 30 peratus dipegang oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines memutuskan untuk menguruskan segmen katering sendiriyang mendorong Brahim's menumpukan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan antarabangsa.

Untuk rekod, Malaysia Airlines secara rasmi telah menamatkan kerjasama katering penerbangan dengan Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) pada 31 Ogos, 2023, sekali gus mengakhiri kerjasama jangka panjang berkenaan.

Keputusan itu diambil selepas tempoh rundingan berpanjangan menemui jalan buntu yang menyaksikanMalaysia Aviation Group (MAG) selakusyarikat induk Malaysia Airlinesdan BFS gagal mencapai persetujuan bagi memperbaharui kontrak.