Pembangunan Satelit, Industri Pemeriksaan Motor Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Iteenews) — ProgramPembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), industri pemeriksaan kenderaan motor danAkta Anti Diskriminasi Kaum antaratumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen,Young SyefuraOthman (PH-Bentong) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan mengenaistatus semasa program PSPJNdi bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesisama,Khairil NizamKhirudin (PN-Jerantut)meminta penjelasan Menteri Pengangkutan mengenai kriteriapemilihan tiga syarikatyang bakal bersaing dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain kedudukan kewangan yang kukuh.

Selain itu,Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan jika suatu Akta Anti Diskriminasi Kaum akan digubal untuk membendung gejala peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstrimis.

Sementara itu pada sesi soal jawab,Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah pembaharuan yang diambil kerajaan supaya pengurusan Lembaga Tabung Haji akan terus cekap, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan jemaah haji dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.

Turut menarik perhatian,soalanOnnAbu Bakar (PH-Batu Pahat) kepadaPerdana Menteri mengenai keluasan tanah milik Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai rumah mampu milik, serta rancangan jangka pendek dan panjang bagi tujuan tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

SidangDewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac.

— BERNAMA