Unit EcoWorld Malaysia Jual Tanah 56.06 Hektar Di Iskandar Malaysia Pada RM693.96 Juta

2889efe8a463dc3ba122119fe087837267b3126cb2f66

KUALA LUMPUR, 17 Feb(Iteenews) — Anak syarikatEcoWorld Malaysia,Eco Business Park 1 Sdn Bhd menjualtanah pegangan bebas seluas 56.06 hektar diEco Business Park I diIskandar Malaysia, Johor kepada Microsoft Payments (Malaysia) Sdn Bhd pada hargaRM693.96 juta.

Dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata tanah berkenaanterdiri daripada117 lot tanah kosong hak pegangan bebas dan rizab jalan.

"Sebahagian RM693.9 juta yang dijangka diterima daripada penjualan tanah tersebutakan digunakan untuk menyiapkan pembangunan infrastruktur utamaserta menampung perbelanjaan berkaitanyang dijangka akan ditanggung dalam tempoh24 bulandari tarikh perjanjian jual beli (SPA).

“Sementara baki akan digunakan sebagai modal kerja bagi kumpulan syarikat EcoWorld Malaysia,” menurut maklumanitu.

Sebelum ini, EcoWorld Malaysia berjaya menjualdua lot tanah strategikdi taman perniagaanQUANTUM Edgekepada pengendali pusat data pada tahun kewangan 2024, menjana hasil keseluruhan sebanyakRM626 juta.

Syarikat itu berkata termasuk tanah yang dicadangkan untuk dijual,jumlah jualan tanah kepada pemainpusat data melebihiRM1.3 bilion dalam masa kurang daripada setahun,meningkatkan rizab tunai kumpulan berjumlahRM1.36 bilionsetakat31 Oktober 2024.

“Ini menunjukkan EcoWorld Malaysia berada dalam kedudukan yang baik bukan sahaja untuk meningkatkansimpanan tanahnya tetapi juga untuk mengejar peluang strategik bagi mengembangkan portfolio aset pendapatan berulang dalam sektor komersial dan/atau perindustrian,” katanya.

— BERNAMA