Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah.
SUNGAI PETANI, 15 Feb (Iteenews) — Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 di sini hari ini menggariskanlima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan danakar umbi Pakatan Harapan (PH) sertaBarisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PHDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaranmerampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
“(Antaranya)kita setuju untuk wujudkan sekretariat bersama yang akan menyusun semua perancangan dan gerak kerja politiksecara lebih tersusun serta memastikan kesepakatan dalam gerak kerja. (Selain itu), sebagai pembangkang di Kedah, kitaakan menubuhkan jawatankuasa bayangan bagi setiap portfolio Exco kerajaan negeri.
“Hal ini untukmemastikan wujudnya mekanisme semak dan imbang yang efektif terhadap dasar dan keputusan kerajaan negeri.Kita tidak mahu hanya kerajaan negeri yang sentiasa menyerang Kerajaan Persekutuan tanpa dipertanggungjawabkan terhadap pentadbiran mereka sendiri,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas konvensyen itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata konvensyen berkenaanmembuktikan PH dan BN mempunyai banyak persamaan dalam meletakkan sasaran perjuangan untuk Kedah dengan kehadiran hampir 1,000 perwakilan.
“… ini adalah satu permulaan yang baik dan kita akan menyusun lebih banyak program bersama selepas initermasuk jelajah ke seluruh negeri dengan penglibatan sayap Pemuda dan Wanita,” katanya.
Ditanya keyakinan merampas Kedah, beliau berkata: “Tiada yang mustahil dalam dunia ini”.