Ayushi diiktiraf pengarang buku termuda negara

WhatsApp Image 2024 08 11 at 5.37.43 PM 1 e1723370453904

Ayushi menerima sijil pengiktirafan daripada Edwin sambil disaksikan Gunaraj di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Y. Ayushi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengarang buku paling muda di negara ini.

Rekod itu diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) selepas kanak-kanak berkenaan melancarkan buku sulungnya, ‘Unicorn dan Little Amanda’ hari ini.

Menurut Ayushi, minatnya dalam bidang penulisan timbul selepas membaca lebih 4,000 buku termasuk novel sejak berusia dua tahun.

Jelas murid Tahun Dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Sentosa itu, objektif penghasilan buku hasil karangannya bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak supaya minat membaca.

“Kecintaan saya alam dunia bacaan amat mendalam sehingga boleh menghabiskan satu novel berbahasa Inggeris dalam masa sehari.

“Justeru, saya mahu berkongsi minat itu dengan anak muda lain dan membuktikan bahawa membaca memang jambatan ilmu jika mahu terus berjaya,” katanya ketika ditemui di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, petang ini.

Ayushi menerima sijil pengiktirafan daripada pegawai MBOR, Edwin Yeoh dengan turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunaraj George. -KOSMO!ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *