Dialog Catat Rugi Bersih RM129.49 Juta Pada Suku Kedua

0b0f38004bb9eb6f3bc650f8067854ac5fb27fbeca577

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Iteenews) –Dialog Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM129.49 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis,2024, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM148.288 juta dalamtempoh yang sama 2023.

Syarikat itu berkata kerugian tersebut disebabkan terutamanya oleh rosot nilaisekali sahajadalam pelaburan projek petrokimia dan tenaga boleh baharuselainkos melebihi perbelanjaandalam projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian(EPCC).

Bagi tempoh enam bulan pertama, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM21.475 juta dengan perolehansebanyak RM1.314 bilion.

“Cabaran munculsemasa peringkat pra-pengoperasiandan pengoperasianprojek EPCC ini yang mengakibatkan kos lebih tinggi.

"Bagaimanapun, kumpulan komited untuk menyiapkan dan melaksanakan projek-projek tersebut. Lebihan kos dan kerugian projek ditangani selaindiambil kira apabila projekini hampir siap,” katanya dalam makluman kepadaBursa Malaysia di sini hari ini.

— BERNAMA