Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan Lemah

a22b72f0bbf1d063eec26b8611f7851f5e42542aecbb0

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb(Iteenews) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives turun pada Khamis susulan kebimbangan terhadap permintaan lemah pada minggu-minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata prestasi lemah kontrak niaga hadapan olein sawit di Dalian Commodity Exchange dan kontrak minyak kacang soya juga menjejaskan sentimen harga hari ini.

“Kami menjangkakan paras sokongan berada padaRM4,500 setan metrik dan paras rintangan pada RM4,680 setan metrik,” katanya kepada Iteenews.

Pada penutup dagangan, kontrakFebruari2025 turun RM107 kepadaRM4,768 setan metrik,Mac2025 susut RM60 kepadaRM4,666 setan metrik danApril 2025 berkurangan RM67 kepadaRM4,554 setan metrik.

Kontrak Mei2025 berkuranganRM72 kepadaRM4,457 setan metrik, Jun2025 turunRM73 kepadaRM4,360 setan metrik danJulai2025 susut RM69 kepadaRM4,281 setan metrik.

Jumlah dagangan berkurangan kepada97,142 lot daripada119,246lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada227,425 kontrak daripada225,625 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Februari susut RM50 kepadaRM4,850 setan metrik.

— BERNAMA