Oleh Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman
KUALA LUMPUR, 13Feb (Iteenews) — Padaera 80-an dan 90-an menjadi lumrah ibu bapa menasihati anak-anakagar usahberbicara dengan individu tidak dikenali dan ungkapan ‘Don’t Talk To Strangers’ bukanlahperkara asing.
Namun, kini berbeza keranadalam dunia siber di zaman inikanak-kanak boleh berinteraksi dengan sesiapa di alam maya sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko ancaman keselamatan.
Sehubungan itu, Ketua Keselamatan Siber Yayasan Pencegahan JenayahMalaysia (MCPF)Profesor Datuk Mohamad Fauzan Noordinberkata usaha kerajaan memperkenalkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertepatan pada masanya.
Beliau berkata kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Menurut kajian Meltwater pada 2023mendapati masyarakat Malaysia menghabiskan lebih satu pertiga kehidupan mereka dalam talian dengan mengakses Internet lebih lapan jam sehari.
"Jika sebelum ini kita jarang memikirkan keselamatan siber, kini ia menjadi keperluan mendesak kerana akses kepada dunia maya sudah menjadi sebahagian kehidupan harian kita.
“Kanak-kanak mungkin tidak sedar bahawa gambar atau maklumat peribadi yang dikongsi di media sosial boleh dieksploitasi oleh pemangsa siber. Mereka juga lebih mudah terdedah kepada individu asing yang berpotensi membawa ancaman,” katanya ketika dihubungi Iteenews.
Turut senada, PengerusiPersatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Datuk Ahmad Noordin Ismail yang berpandangan bahawa pendidikan mengenai keselamatan siber harus bermula daripada peringkat awal kerana generasi muda hari ini dilahirkan dalam era digital yang menuntut kemahiran serta kesedaran yang tinggi terhadap ancaman siber.