Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Feb(Iteenews) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih rendah ketika sentimen minat terhadap aset selamat itu suram susulan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang cenderung terhadap kadar faedah lebih tinggi.
Rakan PengurusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata Pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan pandangan akan menunggu sehingga suku seterusnya sebelum bertindak menurunkan kadar faedah.
“Harga emas susut ketika pendirian Powell yang ternyata berhati-hati terhadap pengurangan kadar faedah itu menjejaskan minat bagi pembelian logam berharga itu,” katanya kepada Iteenews.
Kontrakbulan semasa Februari2025 susut kepada US$2,889.00 setiap auns troy daripada US$2,900.40 pada Isnin manakala Mac2025 turun kepadaUS$2,896.10 setiap auns troy daripada US$2,907.50 setiap auns troy sebelum ini.
Selain itu, kontrakApril 2025, Mei 2025 dan Jun2025 juga berkurangan kepada US$2,902.70 setiap auns troy berbanding US$2,915.50 setiap auns troy pada Isnin.
Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada100 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 81 kontrak daripada 138 kontrak.
Mengikut penetapan hargaLondon Bullion Market Association pada 11 Feb, 2025, harga emas fizikal berada padaUS$2,895.40 bagi setiap auns troy.
— BERNAMA